Tuesday, July 16, 2013

Tugasan...


Gambaq ni diambik masa aidil fitri tahun lalu ni 19 Ogos 2012... Dah nak setahun dah... Gambaq ni ambik kat Kg Napoh ni nearby ngan Changloon... Saja ja nak upload ni just nak ambik mood ngan updating blog ni...

Tugasan dari tahun lalu ni banyak yang tertangguh, maaf lah pada para customer yang saya hold lama untuk nak siapkan album-album... Masa raya tahun 2012 ni saya dengan tugasan sambung pengajian kat Tg Malim, tak heavy mana pun tapi habih masa pi mai pi balik Tg Malim - Alor Setar... Pergh boleh dikatakan dalam sebulan ulang alik saja 4-5 kali ngan perbelanjaan mmg betui banyak di highway dan juga minyak...


Namun, (chewah... ayat namun tu)... bersulam sedikit sebanyak pelan-pelan kayuh sambil buat tugasan photography... Dalam 3 minggu ni baru saya tamat pengajian selama 18 bulan tu... Ada la sikit duk nak tampung keluarga nasib baik orang rumah saya ni baguih dia pun sama biayai perbelanjaan keluarga kalau tidak jenuh...

Sekarang kami dua laki bini dah habih belajaq ni hanya tunggu untuk tugasan yang utama iaitu posting kerja... Harap-harap, doa-doa dan juga mintak-mintak la posting untuk batch kami ni dipercepatkan... Nak kaver balik hat mana tercicir, tak cukup dan bertindih...

Dalam masa ni alhamdulillah la PPD Alor Setar baik hati dan begitu memahami memberi peluang kat kami laki bini untuk jadi substitute menggantikan cikgu cuti bersalin... Tugasan yang lebih kurang sama ngan apa yang saya duk buat 3-4 tahun lalu :) Kalau tugas photo buat sambilan la sejak abih praktikum nu... kurang la sikit bulan posa ni orang nak nikah kawin...IsyaAllah ada rezeki sedikit secukup untuk nak raya lagi beberapa hari lagi... Jikalau dihitung baru seminggu kita semua umat Islam berpuasa... Tugas dan tanggungjawab yang amat penting untuk menjaga ibadah di bulan mulia ini...

Jadi marilah kita semua umat Islam menjaga ibadah puasa iaitu tugasan yang besar ini sambil mengambil peluang untuk lebih banyak beribadah... (Sebenaqnya saya duk pesan kat diri sendiri ni)... Nak try sebanyak yang mungkin bukan hanya sebab orang buat kita pun nak buat tapi kerana anak saya makin besaq makin bertambah-tambah sifat ingin tahu dia, soalan-soalan dia... Hanya dalam benak hati ni nak menyemai ilmu, belajaq lagi untuk satu hari nanti dia (Fahim) akan buat juga... Sapa lagi nak ajaq... Memang la ada skolah tapi hati ada segan la kalau kosong...

Apa-apa pun selamat menjalankan ibadah puasa dengan penuh bersemangat serta penuh kesucian pada semua orang yang baca post kali ni... Dan ucapan awal kedatangan Aidilfitri 1434 Hijrah ni: Selamat Hari Raya AidilFitri, maaf, zahir dan batin 10 jari tangan dihulur adab Melayu saya mengundur...

Log out dulu,

Yang menjalankan tugas,
Mohamad Amin Samsudin
Mohamad Amin Photography [MAP]
Alor Setar Julai 2013

0 comments:

Post a Comment

MOHAMAD AMIN BIN SAMSUDIN | PHOTOGRAPHY DESIGN ETC.


Mohamad Amin Samsudin
012 222 1873