Monday, January 3, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Selam-selam, timbui-timbui... Pejam celik, pejam celik dah 2011 rasa cam masa berlalu macam agak cepat pulak... Padahal kadang-kadang rasa macam tak bergerak pun ada jugak... Terpulanglah pada diri individu masing-masing...

Entry kali ini tahun baru hanya penulisan sahaja oleh kerana kehendak saya yang ingin meng'update' blog masih kekurangan masa kerana banyak kerja-kerja penyelesaian yang dijalankan di siang hari untuk tujuan delivery pada customer yang banyak ambik pakej photo perkahwinan musim cuti sekolah baru-baru ini...

Bagi masuknya tahun baru semua individu mahupun badan-badan atau organisasi mempunyai matlamat, aim atau azam baru begitu juga saya dan kami yang berada di Mohamad Amin Photography... Azam kami ialah untuk mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan dan ingin menyampaikan yang terbaik kepada pelanggang samada orang perseorangan atau berkumpulan...

Silalah ke studio kami yang terletak di No. 24, Tingkat 1, Taman Pandan, Jalan Sultanah Bahiyah 05350 Alor Setar, Kedah Darul Aman...

Akhir kata untuk entry kali ini... seri-serikanlah hari anda semua di sepanjang tahun 2011 dan mendatang dengan senyuman... :D



Mohamad Amin Samsudin
012 222 1873

0 comments:

Post a Comment

MOHAMAD AMIN BIN SAMSUDIN | PHOTOGRAPHY DESIGN ETC.


Mohamad Amin Samsudin
012 222 1873