Monday, December 6, 2010

Faiz & Liza | Majlis Resepsi - 5hb Disember 2010



Pagi-pagi lagi saya dah bangun, biasa la anak saya subuh ngam-ngam ja celik dah paihtu duk gerak kita bangun... Dah bangun, mandi, siap, sarapan dan lain dari hari Ahad sebelum ni yang selalu pi studio, angkut sekali ngan Fahim dan mak dia suruh jaga studio sebab ada job wedding Ahad... :)

Terima kasih jugak untuk Jiha adik ipar saya yang temankan alongnya dengan Fahim di studio...

Cukup pukul 11 saya dah buat gerakan ke rumah pengantin untuk menjalankan tugas... Bila dah mula kenduri, dia macam ada peak hour lunch time orang keluar kerja menghadiri kenduri macam serentak... Maklumla hari Ahad di Alor Setar ni hari bekerja...

Meriah kenduri Faiz dan Liza begitu juga meriahnya ahli keluarga mereka yang sporting-sporting belaka bila berdepan dengan lensa...

Cuaca tak terik dan sejuk-sejuk mendung, risaukan sesi bergambar di luar... Dalam kepala dah banyak back up plan, tempat berbumbung, studio dan sebagainya... Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan cuaca semakin baik petang tadi, perolehan gambar insyaAllah menyenangkan hati kerana pasangan mempelai ini senang digambar... Maklumla Faiz ni pun duk ambik gambaq orang jugak :D

Jadi untuk Faiz saya ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan selamat berbahagia ke anak cucu...











Call for booking now!!!
Mohamad Amin Samsudin
012 222 1873

0 comments:

Post a Comment

MOHAMAD AMIN BIN SAMSUDIN | PHOTOGRAPHY DESIGN ETC.


Mohamad Amin Samsudin
012 222 1873