Saturday, September 4, 2010

Ramadhan ni...

Hari ni merupakan hari ke 23 saya, kita dan semua umat Islam mengerjakan ibadah puasa... Saja saya ingin berkongsi kata-kata bicara rakan sekerja saya di mana kita telah memasuki satu "institusi" yang sesinya atau semesternya ada satu bulan dan kita laluinya sekali setahun iaitu "Institusi Ramadhan", bagaimana kita laluinya dengan banyak keberkatan sepanjang semua umat Islam yang berdaftar dan berkehendakan masing-masing mengakhiri setiap sesi dengan "pointer yang tinggi"...

Begitulah apa yang cuba ditafsirkan dan disampaikan oleh rakan sekerja saya Cikgu Mohd Shah Nayan yang sering mengingatkan pelajar-pelajar sekolah...

Pada kita setiap individu yang pasti ada laluan dan cara meraih keredhaanNya dan dalam pada itu kita masih lagi menjalankan kerja-kerja harian kita dan kepada semua pembaca - Selamat mengerjakan ibadah dalam bulan Ramadhan ini...

Dalam kadar yang sama saya nak berkongsi beberapa aktiviti saya sepanjang bulan mulia ini seperti yang duk kata nak update, nak update, ha tudia mai dah nak update ni buleh kata panjang la... Ayat-ayat kosa kata makin glamorization gitu heheheh... kalau nak dibandingkan dengan 3 perenggan kat ataih tu... :P

So... Seperti biasa pada 1 Ramadhan pada awalnya Negeri Kedah ni dia ambik cuti, ada program di SMK Tunku Abdul Aziz sempena persaraan CC, Encik Husenani diawalkan majlisnya sehari sebelum dengan majlis jamuan dan sebagainya...

Pengetua SMKTAA, Tuan Haji Zakuwan bin Talib menyampaikan cenderahati kepada Encik Husenani

Selepas kembali dari cuti awal Ramadhan sesi fotografi potret untuk Majalah SMK Tunku Abdul Aziz, SEMANGAT bagi guru-guru dan staf serta pelajar diadakan dan kat sini saya kongsi la satu daripada gambar-gambar tersebut...

Kavita Khaur, 5Sc

Untuk memendekkan cerita sampailah ada satu malam yang Nazim dan Saiful Khalib dah ajak saya untuk join depa shoot friendly match bola antara pasukan dari Piala Emas Raja-raja dengan pasukan Kedah dan perlawanan it berlangsung agak lewat sekitar jam 11 malam... Biasa la malam kan bulan posa ni orang terawih... Dan entrynya dah dimasukkan sebelum ini...
Bola Sesudah Terawih
Pemain pasukan Kedah sedang memanaskan badan di tengah padang

Dan pada minggu yang sama juga anak saya Muhammad Fahim dah keluaq campak kecik... Kesian dia dan alhamdulillah kini dia sudah sembuh :)

Fahim keluaq campak haluih

Kembali ke sekolah, Encik Ku Azizan bin Ku Baharom merupakan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) telah naik pangkat kemudiannya terpaksa meninggalkan SMK Tunku Abdul Aziz setelah bertugas di situ selama lebih 9 tahun untuk berhijrah ke SMK Hutan Kampung sebagai Penolong Kanan Pentadbiran, majlis perpisahan beliau diadakan di sekolah pada 23hb Ogos baru-baru ini...

Encik Ku Azizan Bin Ku Baharom


Gambar kenang-kenangan bersama Pak Ku

Sebelum minggu-minggu persekolahan tamat untuk cuti Aidil Fitri, Majlis berbuka puasa diadakan anjuran majlis staf SMKTAA

Pelajar-pelajar menikmati juadah berbuka


Pengetua SMKTAA bersama-sama PK HEM dan dua tamu jemputan khas

Dalam duduk tak duduk, negara kita Malaysia pun meraikan ulang tahun kemerdekaan dan sambutan diperingkat sekolah juga turut diadakan...

Laungan merdeka, Encik Mohd Shah Nayan, pengerusi majlis staf


Bendera naik, lagu Negaraku


Ikrar pelajar dan rukun negara

Selang lama tak jumpa, kawan-kawan yang sesama belajaq kat matriks dulu sekitar tahun 1999... Lama kot... Jumpa balik klik-klik yang rapat... Lepak ngan Black ngan Lee... Saja ja selit nak buh dalam entry ni jugak...

Hahahaha... Tekan high ISO buat tak heran ni...

Paih tu baru-baru ni seorang rakan foto saya ada ajak pi outing... then bukak posa...
Outing saja ikut... Bukak posa bini suh balik makan kat rumah... :P Neway model-model boleh kata senang dengan photog-photog yang hadir dan comel berpakaian raya...

Sherryl

Fatin dan Izwan


Group Foto semua photog yang hadir dengan model/talent sekali... :)

Sampai la kelmarin ni sambil duk jaga Fahim kat rumah sambil mak dia duk buat kerja sempat jugak saya ambik gambaq dia... Bateri hat mana duk ada dah dekat seminggu tak charge, 70-200 VRII dan available light...

Muhammad Fahim


Muka rindu Tok ngan Tokwan dengan Paksu dia pi umrah...

Kepada mak ngan pak mertuaku dengan adik iparku, selamat mengerjakan umrah...

5 jam lebih saya mengadap MBP ni updating entry terbaru yang panjang berjela ni... sambil anak saya dah pun siap mandi pagi... Dia pun sama naik celik dari time Subuh tadi lagi... Matahari cerah sama ngan dia pun cerah... Saya duk mengantuk... Apa-apa pun kena pi bersihkan badan dulu... Mandi timeeeeeee... :)


Call for booking now!!!
Mohamad Amin Samsudin
012 222 1873

0 comments:

Post a Comment

MOHAMAD AMIN BIN SAMSUDIN | PHOTOGRAPHY DESIGN ETC.


Mohamad Amin Samsudin
012 222 1873