Thursday, February 25, 2010

SMKTAA vs ASTECH

"Kerja banyak tak siap lagi... Relaks dulu...", itulah yang saya pamerkan pada status Facebook 3 jam yang lalu dan sekarang masih lagi banyak... Untuk mendapatkan mood saya pick up beberapa keping gambaq daripada kad memori dan update blog dulu sebagai "appetizer" sebelum nak design kerja-kerja lain yang melambak-lambak...

Buat seketika yang hampir lama jugak saya tak update blog ni. Untuk entry kali ini saya memaparkan isi serta kandungan yang lain dari yang selalu saya tampilkan untuk tatapan semua.

Kali ini saya menghadiri perlawanan bola sepak sekolah dengan kerjasama pihak sekolah, Cikgu Khalil, Cikgu Sofiri dan beberapa guru-guru lain... Pertandingan di antara Sekolah Menengah Tunku Abd. Aziz menentang Sekolah Menengah Teknik Alor Setar di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Omar...










Call for booking now!!!
Mohamad Amin Samsudin
012 222 1873

Monday, February 15, 2010

Petang Raya Cina

Selamat Tahun Baru Cina dan Salam Satu Malaysia...

Hehehe... Bangun hari ni cuti Raya Cina tak awai sangat tapi tak la lewat sangat. Dalam kepala nak pi shooting ja... Diyana pesan dah nak bawak Fahim pi klinik nak pi cucuk... Tapi takpa... Dah settle semua abih dalam tengahari balik makan nasi lena pulak dah kenyang...

Bangun agak lewat bergegas ke Jitra tempat yang saya nak pi hari sebelumnya... Sebenarnya nak pi test gear baru... Hehehe...

Scramble Afternoon @ Bandar Darulaman / Jitra
Scramble Afternoon @ Bandar Darulaman / Jitra
Scramble Afternoon @ Bandar Darulaman / Jitra
Scramble Afternoon @ Bandar Darulaman / Jitra
Scramble Afternoon @ Bandar Darulaman / Jitra


Call for booking now!!!
Mohamad Amin Samsudin
012 222 1873

Kereta Mini Putih

Tak tau hari apa tah, hari Ahad kot, malam harinya Bulat dan kengkawan lain ajak lepak pekena shisha kat satu restoran kat hutan kampung. Kami semua lepak dalam sejam dua sambil merancang mana nak pi shooting.

Petang sebelumnya saya dah terlajak lena sampai ke Maghrib tak pi la nak shoot motorcross kat Jitra. Untuk mengisi masa lapang jugak walaupun tak selapang mana, kami pi shoot kat tengah pekan.

Takdak subjek pun tapi ada member-member Boy mai ngan mini-mini cooper... Boleh la buat subjek... Hehehe...

Bulat & Mini

Hehehe... Setup-setup, snap-snap, alih-alih pukui 2 pagi... Mak oi bini kat rumah mesti duk tanya pasaipa tak balik lagi... Sepp baik telefon asyik network busy, hehehe kalau tidak mesti kerap berdering...



Balik lepaih wrap pi lepak ngan depa kat Nasi Lemak Ali pekena setengah pinggan balik kenyang mata berat... Hehehe...


Call for booking now!!!
Mohamad Amin Samsudin
012 222 1873

Saturday, February 6, 2010

Fixed Gear Photoshoot with Saiful Is Udey and friends

Seharian selepas pulang dari kerja hari ni (Khamis; 4 Feb 2010) memang matlamat hati ni nak kemaskini blog dengan agenda-agenda yang banyak jugak sepanjang minggu ni memandangkan sekali lagi blog saya ni hanya mampu diupdate seminggu selepas entry sebelumnya.

Hehehe... Bagaikan kemaskini mingguan saja... Tapi sebagaimana tadi pulang dari kerja sempatlah rehat di ruah seketika, jenguk Fahim dan kemudian keluar bersama-sama Aspa dengan tujuan nak pergi ke Changloon atas alasan kerja-kerja fotografi yang dah berjalan selama dua tiga hari...

Awal hari ini juga, Saiful Iswadi atau lebih manja dengan panggilan Udey dah call saya pagi-pagi lagi dengan nada happy bagitau basikal yang dia pesan sudah sampai... Boleh buat photoshoot malam harinya...

Dipendekkan cerita, Sesampai kami di Changloon tempat yang nak di'settle'kan tu kami tak dapat akses untuk memasukinya sebab sudah lewat petang... Jadi kami pulang ke Alor Setar... Sesi bersama Udey agak awal bermula kira-kira 9 malam sampai la pukul 1 pagi...

P/s: Udey, aku nak shoot gambaq hang siang hari... Nanti buat lagi bila basikal ada banyak kay...

Fixed Gear nite
Fixed Gear nite
Fixed Gear nite
Fixed Gear nite
Fixed Gear nite

And friends
Fixed Gear nite
Fixed Gear nite
Fixed Gear nite
Fixed Gear nite
Fixed Gear nite

And me
Fixed Gear nite

Sekali-sekala boleh keluaq ambik gambaq memang rasa seronok... Tapi panggilan telefon bini yang suruh kita balik rumah cepat yang tak tahan... Hehehe... Jangan marah a sayang...

Tercapai jugak matlamat nak kemaskini blog... Hehehehe...


Call for booking now!!!
Mohamad Amin Samsudin
012 222 1873

MOHAMAD AMIN BIN SAMSUDIN | PHOTOGRAPHY DESIGN ETC.


Mohamad Amin Samsudin
012 222 1873