Thursday, January 28, 2010

Seminggu Jugakla Tak Update...

Hari ni macam biasalah hari Khamis actually dah masuk Jumaat dah pun, cukup-cukup la 7 hari saya tak update apa-apa dalam blog ni. Mungkin disebabkan keadaan yang sibuk dengan hal kerja dan jugak perkara-perkara peribadi...

Tapi seperti biasa la acara rutin saya setiap hari dengan mengisi ruang lapang yang tak berapa nak lapang di waktu petang dengan beriadah di YSB Skatepark kat Suka Menanti (Kampung saya jugak lah). Seperti kebiasaan ceramah dan teguran yang saya dapat selepas pulang lewat dari beriadah kedengaran keluar dari mulut isteri... Mintak maaf lah sayang oi... Trafik jem...

Kalau duk kat Suka Menanti bolehlah sampai rumah awai sikit... Dah sebabkan isteri saya berpantang kat rumah mak abah dia yang lebih kurang 5 ke 6 kilometer dari skatepark, itu yang membuatkan jam ketibaan dirumah agak lewat...

Seperti yang saya bicarakan tadi, seminggu tiada update tapi harian saya penuh dengan cerita-cerita sensasi jugak la... Ada suka ada tak suka (Duka), ada cakap ada tak cakap (Diam), ada tinggi ada tak tinggi (Rendah), ada elok ada tak elok, ada penawar ada luka...

Tapi apa pun yang berlaku ada hikmah tersendiri, moga kita berdoa agar hari yang mendatang dihadapan lebih baik dan didahulukan dengan berkat usaha...

Takda la apa sangat hari ni menulis macam nak bagi ada serius dan jugak rambu-ramba, ada la seimbang sikit...

Gambar pun ada jugak entry kali ini kira tahap "editor's choice" lah... Sapa lagi editor untuk blog ni kalau bukan saya sendiri (Perasan title tahap gaban).


Ini adalah aktiviti kegemaran saya dan sekali sekala ada masa saya polish balik la karat-karat hujung jari nak memegang pensel-pensel sambil hasil ini bolehlah digunakan untuk bahan bantu masa kerja. BTW, bokeh gambar kat drawing sebab muka dia tak 100% tepat... Hehehe... Cover line sikit...



Aktiviti beriadah kat YSBpark dengan kawan-kawan. Sembang-sembang, bertanya khabar sebelum bersukan dan mengeluarkan peluh...


Insiden yang berlaku terhadap Azim jugak menggemparkan... Semoga cepat sembuh...


Ke sana ke mari dalam kereta saya ditemani sekeping gambar buah hati mengubat kesunyian... Walaupun saya tahu bebelannya kalau saya lambat sampai ke rumah waktu-waktu Maghrib.


Dan yang paling melegakan selepas kerja dan aktiviti harian ialah berada di rumah bersama semua ahli keluarga yang tersayang.


Call for booking now!!!
Mohamad Amin Samsudin
012 222 1873

1 comments:

Anonymous said...

luv ur photoshoot la

Post a Comment

MOHAMAD AMIN BIN SAMSUDIN | PHOTOGRAPHY DESIGN ETC.


Mohamad Amin Samsudin
012 222 1873