Thursday, January 28, 2010

Seminggu Jugakla Tak Update...

Hari ni macam biasalah hari Khamis actually dah masuk Jumaat dah pun, cukup-cukup la 7 hari saya tak update apa-apa dalam blog ni. Mungkin disebabkan keadaan yang sibuk dengan hal kerja dan jugak perkara-perkara peribadi...

Tapi seperti biasa la acara rutin saya setiap hari dengan mengisi ruang lapang yang tak berapa nak lapang di waktu petang dengan beriadah di YSB Skatepark kat Suka Menanti (Kampung saya jugak lah). Seperti kebiasaan ceramah dan teguran yang saya dapat selepas pulang lewat dari beriadah kedengaran keluar dari mulut isteri... Mintak maaf lah sayang oi... Trafik jem...

Kalau duk kat Suka Menanti bolehlah sampai rumah awai sikit... Dah sebabkan isteri saya berpantang kat rumah mak abah dia yang lebih kurang 5 ke 6 kilometer dari skatepark, itu yang membuatkan jam ketibaan dirumah agak lewat...

Seperti yang saya bicarakan tadi, seminggu tiada update tapi harian saya penuh dengan cerita-cerita sensasi jugak la... Ada suka ada tak suka (Duka), ada cakap ada tak cakap (Diam), ada tinggi ada tak tinggi (Rendah), ada elok ada tak elok, ada penawar ada luka...

Tapi apa pun yang berlaku ada hikmah tersendiri, moga kita berdoa agar hari yang mendatang dihadapan lebih baik dan didahulukan dengan berkat usaha...

Takda la apa sangat hari ni menulis macam nak bagi ada serius dan jugak rambu-ramba, ada la seimbang sikit...

Gambar pun ada jugak entry kali ini kira tahap "editor's choice" lah... Sapa lagi editor untuk blog ni kalau bukan saya sendiri (Perasan title tahap gaban).


Ini adalah aktiviti kegemaran saya dan sekali sekala ada masa saya polish balik la karat-karat hujung jari nak memegang pensel-pensel sambil hasil ini bolehlah digunakan untuk bahan bantu masa kerja. BTW, bokeh gambar kat drawing sebab muka dia tak 100% tepat... Hehehe... Cover line sikit...



Aktiviti beriadah kat YSBpark dengan kawan-kawan. Sembang-sembang, bertanya khabar sebelum bersukan dan mengeluarkan peluh...


Insiden yang berlaku terhadap Azim jugak menggemparkan... Semoga cepat sembuh...


Ke sana ke mari dalam kereta saya ditemani sekeping gambar buah hati mengubat kesunyian... Walaupun saya tahu bebelannya kalau saya lambat sampai ke rumah waktu-waktu Maghrib.


Dan yang paling melegakan selepas kerja dan aktiviti harian ialah berada di rumah bersama semua ahli keluarga yang tersayang.


Call for booking now!!!
Mohamad Amin Samsudin
012 222 1873

Friday, January 22, 2010

Alor Setar BMXists...

Hahhaha... Setelah beberapa lama keinginan saya untuk shoot BMX street telah berjaya semalam... Tapi tak la tera mana pun habuan saya syok ngan kawan-kawan ja dapat chill lewat malam sambil menepis gigitan nyamuk kat ceruk-ceruk jalan...

Seperti mana seseorang penggemar laksa, apa jenis laksa pun, dia mesti nak sumbat cabai melaka banyak-banyak... Tak tau la kalau orang lain macam mana, ada juga yang suka timba kicap sampai hitam kuah... So, sama la dikategorikan saya bila senorok dan obses akan sesuatu tapi terpaksa untuk merasai perit untuk kebaikan... Hahaha... Apa yang saya mengarutkan ni pun saya tak tau... Apa yang nak saya sampaikan, selang 5 minit berada kat luar kalau pasai kata nak pi shooting memang ada telefon ngan SMS mai... Maklum la bini duk suruh balik awai... Haiya...

Tapi semalam ni tak sampai la pukul 6 pagi, roadblock traffic pon takdak... Semua cun saja... Shoot dengan Farouk dan kawan-kawan... Tak pi banyak spot... Nanti kita try lagi...

Hasil kali ini tak tau la nak menilai macam mana... Bike boleh tersasul jadi deck... Sendiri mau tau... Saya tak berapa arif untuk shooting BMX... Maybe sesapa yang pakar boleh bagi pendapat... Bila saya shoot kat park senang... Maybe sebab tengok tiap hari... But bila in the street jadi macam tak biasa... Lain dari skateboard yang stand sideway, ala-ala ketam... Tapi basikal ni macam orang naik kuda... Bila trick lepas, muka kena lindung tangan la... Apa-apa pun... Semalam fun...

Farouk tiada dalam gambar kerana beliau pulang awal... Sama kes ngan saya jugak, bini ngan anak duk tunggu kat rumah... Hehehe...

Enjoy...











Call for booking now!!!
Mohamad Amin Samsudin
012 222 1873

Friday, January 15, 2010

Overnight Skateboarding dengan kawan-kawan (Full Version)

Balik dari kerja petang jugak la, Maklum la hari Khamis, Jumaat cuti dan pulak main dengan letih tak sempat nak pi beriadah. Apa yang sempat sebelum maghrib saya pi beli lima bungkus nasi ayam Tat yang boleh dikatakan glamor jugak la kat pekan Alor Setar ni.

Sampai rumah dah makan, lepaih Isyak teruih tidoq tapi sebelum tu adala saya bertanya kat kengkawan kot-kot ada yang nak keluaq skate kat pekan malam-malam supaya boleh jugak hilangkan rasa bosan dengan shoot gamaq.

Terjaga pukui 12 tengah malam habaq kat bini nak keluaq pi amik gamaq. Budak-budak lain pun dah set dah tempat dan time. Celapak saya pi amik Mat Aki teruih ke Pekan Rabu. Dan-dan sampai bebudak semua teruih skate sampai la 4-5 pagi. Jalan-jalan pun syok ja lengang sebab Road Block Polis Trafik berceramoq kat tengah pekan, tak banyak rempit atau kereta lalu-lalang...

Abih skate kami sempat jugak posing-posing bersama-sama walaupun tengah berlemoih semua ngan peluh beghetang, gedik-gedik sambil dalam kepala otak saya duk aturkan ayat apa nak bagitau bini ni balik dekat nak Subuh. Hehehehe....















Call for booking now!!!
Mohamad Amin Samsudin
012 222 1873

Overnight Skateboarding dengan kawan-kawan

Semalaman budak-budak ni berendam dengan flash... Sambil depa skate saya duk amik gambaq... Saya akan upload lagi gambaq-gambaq lain dalam entry berikutnya insyaAllah...
Mat Aki @ City Point


Call for booking now!!!
Mohamad Amin Samsudin
012 222 1873

Monday, January 11, 2010

Sepetang bersama Pakun dan Kawan-kawan

Dalam ketika ini, di awal tahun, tak banyak job-job fotografi berjalan, maybe sebab tak ramai yang setting nak menikah waktu-waktu awai tahun kot... Atau saya yang kurang market... Hehehe... Kalau time-time lagu ni ada yang mai nak huloq job saya mesti promo kaw-kaw... Hehehe, sempat lagi la pulak...

Tapi dalam pada itu, untuk tidak terbelengu bersahaja daripada dibiarkan berkarat kepala otak ada jugak saya isikan aktiviti petang dengan kawan-kawan. Selain dari memuaskan nafsu buas dengan mengambil gambaq, dalam masa yang sama sempat jugak saya 'UP'kan scene sukan ekstrem di kalangan kawan-kawan kat pekan kecik Alor Setar ini...

Petang tadi selepas saya kawtim dengan Pakun (Skateboarder berpengalaman) terus setting trick ngan spot... Duk dalam beberapa shot kami pun wrap...

Ribuan terima kasih kepada yang terlibat dalam set petang tadi iaitu Pakun sendiri sebagai pelakun utama, Baledo dan Angah Bagus yang membantu saya dengan lighting, Pak Dan yang sering lalu lalang (Heheheh saja menyakat dia) dan jugak Azim yang duk snap skali...

Dalam kepala otak saya sendiri duk bertanyakan, "Apa ni? Asyik-asyik skatepark..."
Maybe next time ada setup kat street yang lebih seronok... Akan saya cuba aturkan...




Pakun - Salad @ YSB Skatepark
Pakun - Fronside Crooked @ YSB Skatepark
Pakun - Frontside Bluntslide @ YSB Skatepark


Kesian kat Pakun letih, lepaih shooting nak pi main futsal pulak... Seni kaki sungguh mamat ni...


Call for booking now!!!
Mohamad Amin Samsudin
012 222 1873

Thursday, January 7, 2010

Rabu 6 Januari 2010



Alahai, kelam kabut dibuatnya hati ini nak cari jugak lens baru... Pengembaraan pun bermula selepas balik dari tempat kerja teruih nak ke Penang. Tapi sempat la jugak balik mandi dulu dan bersiap-siap dengan kelengkapan.

Saya bertemankan Adeq, pergi ke Penang dan kami sampai ke destinasi lingkungan 6 petang setelah perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah dari Alor Setar...

Long story short, heheh... barangan yang dicari dah melekat kat body camera, apa lagi... testing la... memilih, membelek, menggodek dan sebagainya sampai la puas hati...

Dah semua settle, deal pa semua dah... Kami pun balik... Singgah pekena Sup Hameed sat dah kenyang perut suka hati...


Call for booking now!!!
Mohamad Amin Samsudin
012 222 1873

MOHAMAD AMIN BIN SAMSUDIN | PHOTOGRAPHY DESIGN ETC.


Mohamad Amin Samsudin
012 222 1873