Monday, December 20, 2010

Updating Soon...



Cerita kisah cinta... Coretan hari bersejarah antara pasangan-pasangan yang melangsungkan perkahwinan mereka hari minggu baru-baru ini akan saya update dalam masa terdekat...

Saturday, December 18, 2010

Jad & Rini | Majlis Akad Nikah - 17hb Disember 2010



Entry yang kedua untuk malam ni...

Siang tadi tiba la masa untuk pasangan Jad dan Rini masing-masing menamatkan zaman bujang mereka... Dengan satu kali lafaz terima nikah secara sah mereka diijabkabulkan di masjid Al-Furqan Jalan Pegawai... Secara kebetulan hari indah bahagia mereka bersamaan dengan tarikh hari lahir anak saya, Muhammad Fahim...

Tahniah dan selamat pengantin baru dari pihak kami di Mohamad Amin Photography...

Friday, December 17, 2010

Syam & Jamie | Majlis Akad Nikah - 16hb Disember 2010



Salam hari Jumaat...

Maaf kerana kelewatan mengemaskini blog yang mana semalam hari yang agak panjang membuatkan saya tertidur lebih awai daripada biasa...

Untuk entry kali ini saya muatkan majlis akad nikah pasangan ceria Syam dan Jamie yang dilangsungkan di Sungai Limau. Majlis resepsi mereka bakal diadakan esok tanggal 18hb Disember 2010.

Tuesday, December 14, 2010

Megat & Aida | Majlis Resepsi - 12hb Disember 2010



Pada tanggal 12hb Disember ni, selepas sesi persiapan Faiz di Ellia, saya bergegas ke Tar Tera pulak yang mana satu lagi pasangan sedang bersiap di sana... Sempat jugak saya ambik sedikit liputan di butik dan bawak pasangan ini ke studio untuk sesi studio...

Monday, December 13, 2010

Faiz & Roshasni | Majlis Resepsi - 12hb Disember 2010



Sambungan hari Ahad ini dengan pasangan yang sama untuk melengkapkan trilogi episod cinta mereka dari hari mereka mula diijabkabulkan hinggalah saat kemeriahan mereka bersesi foto dengan saya... Lepaih outdoor session, studio session, balik rumah cuci periuk, pinggan mangkuk punya session lah... Heheheh... :P

Sunday, December 12, 2010

Roshasni & Faiz | Majlis Resepsi - 11hb Disember 2010



Majlis berlangsung di Sungai Petani, tempat yang sama dengan hari sebelumnya iaitu di Bandar Baharu, Sungai Petani...

Saturday, December 11, 2010

Faiz & Roshasni | Majlis Akad Nikah - 10hb Disember 2010



Jam kat MBP saya sekarang menunjukkan pukui 2:35 pagi sedangkan waktu tepatnya 2 lebih kurang 2:15 pagi... Hmmm... Agak lewat jugak memandangkan esok ada kerja pagi untuk cover sesi persiapan pengantin, kat Sungai petani pulak tu... Tapi masih lagi sempat untuk nak update blog ni bukannya pasaipa, kes duk lepak layan POC si Johnny Depp tu la... Iskkk

Monday, December 6, 2010

Faiz & Liza | Majlis Resepsi - 5hb Disember 2010



Pagi-pagi lagi saya dah bangun, biasa la anak saya subuh ngam-ngam ja celik dah paihtu duk gerak kita bangun... Dah bangun, mandi, siap, sarapan dan lain dari hari Ahad sebelum ni yang selalu pi studio, angkut sekali ngan Fahim dan mak dia suruh jaga studio sebab ada job wedding Ahad... :)

Terima kasih jugak untuk Jiha adik ipar saya yang temankan alongnya dengan Fahim di studio...

Cukup pukul 11 saya dah buat gerakan ke rumah pengantin untuk menjalankan tugas... Bila dah mula kenduri, dia macam ada peak hour lunch time orang keluar kerja menghadiri kenduri macam serentak... Maklumla hari Ahad di Alor Setar ni hari bekerja...

Meriah kenduri Faiz dan Liza begitu juga meriahnya ahli keluarga mereka yang sporting-sporting belaka bila berdepan dengan lensa...

Cuaca tak terik dan sejuk-sejuk mendung, risaukan sesi bergambar di luar... Dalam kepala dah banyak back up plan, tempat berbumbung, studio dan sebagainya... Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan cuaca semakin baik petang tadi, perolehan gambar insyaAllah menyenangkan hati kerana pasangan mempelai ini senang digambar... Maklumla Faiz ni pun duk ambik gambaq orang jugak :D

Jadi untuk Faiz saya ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan selamat berbahagia ke anak cucu...











Call for booking now!!!
Mohamad Amin Samsudin
012 222 1873

Sunday, December 5, 2010

Zura & Fazuli | Majlis Resepsi - 4hb Disember 2010



Salam buat semua yang duk singgah blogsite Mohamad Amin Photography...

Seperti yang dijanjikan di FB, saya nak update blog sahaja yang berbezanya di blog ini ada la sedikit ulasan yang tah apa apa ntah ja... Hehehehe...

Saturday, December 4, 2010

Zura & Fazuli | Akad Nikah - 3hb Disember 2010



Permulaan tugasan wedding untuk bulan Disember kali ini saya bersama-sama pasangan yang detik pertemuan pertama mereka di Maktab... Cikgu la ni... Heheheh :)

Sebenarnya Zura ni merupakan salah seorang junior saya masa zaman di University dulu... Kira base-base design jugak memandangkan rezeki dia untuk menjadi tenaga pengajar maka terjalinlah mereka sebagai pasangan bahagia setelah diijabkabulkan pada lebih kurang pukul 11.30 pagi lagu tu dekat masjid nu dekat Bandar Darulaman, Tanah Merah, Jitra 3hb Disember 2010...

Majlis kenduri mereka akan diadakan pada 4hb Disember 2010, Sabtu dan insyaAllah sebagai OP majlis tersebut saya uploadkan kabar gambar secepat mungkin.

Bersama-sama dengan ini saya ingin ucapkan pada pasangan pengantin baru ini selamat berbahagia ke anak cucu...








Call for booking now!!!
Mohamad Amin Samsudin
012 222 1873

Tuesday, November 30, 2010

Wan Hidany - Potret Keluarga



Percutian balik kampung di utara semenanjung Wan Hidany atau dengan nama manjanya Dani bersama keluarga dilengkapkan lagi dengan sesi potret keluarga di Mohamad Amin Photography.

Sebenarnya sesi ini telah berlangsung dua minggu yang lalu oleh kerana kesibukan pihak kami di MAP dengan wedding agak lewat sikit update potret famili mereka...








Call for booking now!!!
Mohamad Amin Samsudin
012 222 1873

Monday, November 29, 2010

Izwan & Nurul Izzah - 27hb November 2010



27hb November 2010 memang semua photog penuh la dengan majlis-majlis... Hehhee... Mau dak, masa petang saya dan pasangan mempelai Izwan dan Izzah sampai di tempat letak kereta Masjid Al-Bukhari orang nahhaiii...., ramai tak sangga... :P

Tapi apa-apa pun, enjoi ya dengan entry kali ni...

Untuk pasangan Izwan dan Nurul Izzah semoga berbahagia ke anak cucu...









Call for booking now!!!
Mohamad Amin Samsudin
012 222 1873

Friday, November 26, 2010

Convo Time... :)




Call for booking now!!!
Mohamad Amin Samsudin
012 222 1873

Wednesday, November 24, 2010

Sabariah & Zubair - Majlis Pertunangan 21hb November 2010



Majlis pertunangan Sabariah dan Zubair bermula agak awal pagi... Rumah mereka mula meriah sekitar 9.30 pagi dengan sanak saudara dan kemunculan ahli keluarga lelaki merisik dalam lingkungan jam 10... Saya pulak time tu kalut ngan nak kenuri aqiqah Fahim dirumah pulak... Nak kena tala balik pulak... Heheheh... Hari Ahad yang panjang :)












Call for booking now!!!
Mohamad Amin Samsudin
012 222 1873

MOHAMAD AMIN BIN SAMSUDIN | PHOTOGRAPHY DESIGN ETC.


Mohamad Amin Samsudin
012 222 1873