Friday, December 18, 2009

Muhammad Fahim Bin Mohamad Amin

Alhamdulillah, isteri saya telah selamat bersalin dan kami dikurniakan bayi laki-laki. Lebih kurang begitulah pesanan ringkas melalui telefon bimbit saya khabarkan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga lain semalam sebagaimana SMS yang lebih kurang sama juga bunyinya pernah saya terima sebelum ini oleh rakan-rakan seangkatan.

Ringkas pesanan tetapi mengambil masa yang lama untuk saya karangkan dan hantarkan. Hanya apabila isteri tercinta sudah sedar dari kesan ubat dan bayi kami selamat dalam dakapannya. Barulah tenang hati.

3 jam sebelum itu, saya menemani isteri di dalam bilik bersalin menantikan bukaan yang cukup. Benar hati rasakan peritnya, nak belai, beri sokongan untuk dia selamat melahirkan anak sulung kami.

"Anak sulung memang lambat sikit nak bukak..."

"Anak sulung memang susah sikit..."

"Anak sulung memang macam ni..."

Ungkapan yang selalu kedengaran keluar dari mulut pembantu-pembantu doktor yang ada dari awal persediaan hinggalah saat perjuangan. Tapi di dalam saya tahu mereka cuba menenangkan dan menyokong isteri saya untuk terus berjuang. Yang mana doktor pakar pula tenang ja buat kerja, "Hmmm, a boleh..." diam sat. "Hmmm, ok teran keluar". "Hmmm... Elok dah..."

Saat bayi keluar; lingkungan 6:04 petang, saya rasakan auranya tapi biasa. Kaver sikit depan doktor dan pembantu-pembantunya. Bila waktu nak laungkan azan di telinga anak kami itu, sambil dalam pekungan saya, rasa terharu, happy, nak teriak nangis, nak gelak, nak azan jugak. Dengan tabah dan kaver line dari perasaan yang julung-julung kali dirasai itu, saya tarik nafas dan laungkan jelas ke telinga.

Dalam pada itu, keluarga pun turut happy sebab pangkat sudah naik yang Mak dan Abah iaitu mertua saya dah terima cucu pertama mereka dan sebelah saya pula, putera kami ini merupakan cucu ketiga mereka.

Kembali ke wad dan putera kami diletakkan kedakapan ibundanya, barulah dapat saya duduk bersandar dan boleh menyambung kembali menghantar pesanan ringkas.

Semalaman isteri saya direhatkan dan dia dibenarkan pulang ke rumah bersama-sama bayi pada pukul 12 tengahari tadi.

Alhamdulillah sekali lagi.

Dari tadi bercerita, nama anak sulung kami ialah Muhammad Fahim Bin Mohamad Amin.







Call for booking now!!!
Mohamad Amin Samsudin
012 222 1873

4 comments:

azyzura said...

comelnyaaa baby ni~~ tahniah abg~

Aminchoc said...

terima kasih... hehehe...

buellart said...

Choc, congratulations to your Mrs. & to you bro, Syukur Alhamdulillah dah jadi parents. The 2nd pic speaks about it all.

Mohamad Amin said...

thanks bulat...

Post a Comment

MOHAMAD AMIN BIN SAMSUDIN | PHOTOGRAPHY DESIGN ETC.


Mohamad Amin Samsudin
012 222 1873