Saturday, December 12, 2009

Implimentasi Cahaya ;)

Disebabkan dah ada setup dalam kepala untuk siang hari tadi... So, untuk tidak membiarkan ianya menyerabuti kepala otak ini lalu saya buatlah jugak satu sesi eksperimen yang tak seberapa.

Mungkin saya akan syok seorang diri... Hahaha... Syok pa... Biarlah saya kongsi sikitlah keseronokan sendiri ini dengan sesiapa saja... hehehe...

Kat bawah ni ada la test subjek...

Barry watak dalam Bee Movie

Yang ni diambil hanya dengan cahaya yang ada dalam suasana bilik... pakai tripod gak mau tak goyang...

Dah tu adjust letak dua tiga lampu so, dapat la ambik yang nampak sempoi (syok seniri) sikit. Dengan bantuan payung, pantulkan dengan beberapa DIY foam board dan cermin. Hasilnya seperti berikut...


Dapat la sikit scene menarik dengan highlightnya pada hujung-hujungnya.
Tetapi saya duk kata benda Barry the Bee ni tak bergerak, Jadi saya buat satu lagi subjek untuk try dengan benda yang bergerak...

Seperti biasa gambar berikutnya diambil dengan keadaan cahaya semulajadi dalam bilik. Nampak abih pantulan pada gelas kawasan persekitaran...

Lalu saya gunakan setup cahaya yang digunakan ke atas Barry. Kesannya adalah seperti di bawah ini. Pantulan/Highlight pada gelas nampak jelas payung yang digunakan...

Untuk mendapatkan kesan cahaya yang lebih menarik saya gunakan satu kad plastik putih yang macam polycarbonate tapi kecik sikit (dapat kat kedai alat tulis) diletakkan di antara cahaya dan gelas. Bounce dengan white foam board sebelah kiri dan satu lampu dihalakan ke latar belakang (Kad hitam) supaya hitam tak total lost...

Lepas dah setting cahaya semua, tambah ayaq... Baling limau masuk... Tukaq ayaq... Dan lain-lain lagi... Nak tengok lagu mana aksi-aksi ini dipegunkan...




Sampai melimpah-limpah saya tuang...

Selepas dah sejam mengadap eksperimen yang tak seberapa ni maka sampailah masa untuk ambik kain dan lap semua ayaq yang tumpah-tumpah...


Call for booking now!!!
Mohamad Amin Samsudin
012 222 1873

0 comments:

Post a Comment

MOHAMAD AMIN BIN SAMSUDIN | PHOTOGRAPHY DESIGN ETC.


Mohamad Amin Samsudin
012 222 1873