Thursday, December 31, 2009

Cahaya, Warna dan Mood

Petang tadi pukul 1:30 pm bergegas saya menaiki motorsikal bapa mertua untuk mencuci gambar famili Pak Ngah untuk dibingkaikan. Dalam perjalanan saya, kepala sedang mengelamun seketika, terbayang untuk saya mencuba warna pada cahaya yang dipancarkan pada subjek dalam penggambaran dan kat belakang duk galaih beg camera (100% tumpuan terhadap jalan raya, 10% mengelamun - Nasihat: Utamakan Keselamatan Jalan Raya).

Berhenti saya seketika di sebuah kedai menjual barang-barang am dan bertanya saya kepada taukehnya. Apa yang dicari ada, lebih kurang plastik warna merah dan biru untuk eksperimen kali ini sebelum saya nak beli apa saja warna yang ada. Heheehhehe...

Sambil menunggu gambar untuk dicuci, saya ke studio jamming Azim untuk mencubanya. Tak sabaq dah nak tunggu balik rumah... 5 - 10 minit pun jadilah.

Dah mai dengan moto, lightstand apa pun tak bawak, payung apa pun tadak, strobe togey saja. Habih setup, shoot, nak balik tengok result dalam screen komputer.

Dalam perjalanan balik ke rumah, saya ambil gambar keluarga Pak Ngah yang siap dicuci untuk dibingkaikan.

Azim with lights

Asyik selalu duk strobe vary kat light intensity saja tu sebab saya nak cuba create mood. Untuk kali ini studio jamming Azim dan dia sendiri menjadi model 'terjun'. Mungkin next time boleh cuba dengan situasi yang lebih sempoi dan saya akan post entry lagi dalam Cahaya, Warna dan Mood (Bahagian II). Nak kena research dulu, yang first attemp ni pun ada sekali sekala teringat ngan blog joe mcnally kot...

Keterangan Eksperimen:
DIY Gel/filem plastik warna - 2 warna tak sampai RM5
5 - 10 minit sesi shooting (pit stop kat studio jamming Azim)
Hasil (Buleh kata puas hati la jugak)


Call for booking now!!!
Mohamad Amin Samsudin
012 222 1873

2 comments:

jeebsion said...

wah curlast .. strobist kaedahnya ... outing stai tak abaq noo min ..

Mohamad Amin said...

hahaa... indoor shoot ni namanya...

Post a Comment

MOHAMAD AMIN BIN SAMSUDIN | PHOTOGRAPHY DESIGN ETC.


Mohamad Amin Samsudin
012 222 1873