Thursday, December 31, 2009

Cahaya, Warna dan Mood

Petang tadi pukul 1:30 pm bergegas saya menaiki motorsikal bapa mertua untuk mencuci gambar famili Pak Ngah untuk dibingkaikan. Dalam perjalanan saya, kepala sedang mengelamun seketika, terbayang untuk saya mencuba warna pada cahaya yang dipancarkan pada subjek dalam penggambaran dan kat belakang duk galaih beg camera (100% tumpuan terhadap jalan raya, 10% mengelamun - Nasihat: Utamakan Keselamatan Jalan Raya).

Berhenti saya seketika di sebuah kedai menjual barang-barang am dan bertanya saya kepada taukehnya. Apa yang dicari ada, lebih kurang plastik warna merah dan biru untuk eksperimen kali ini sebelum saya nak beli apa saja warna yang ada. Heheehhehe...

Sambil menunggu gambar untuk dicuci, saya ke studio jamming Azim untuk mencubanya. Tak sabaq dah nak tunggu balik rumah... 5 - 10 minit pun jadilah.

Dah mai dengan moto, lightstand apa pun tak bawak, payung apa pun tadak, strobe togey saja. Habih setup, shoot, nak balik tengok result dalam screen komputer.

Dalam perjalanan balik ke rumah, saya ambil gambar keluarga Pak Ngah yang siap dicuci untuk dibingkaikan.

Azim with lights

Asyik selalu duk strobe vary kat light intensity saja tu sebab saya nak cuba create mood. Untuk kali ini studio jamming Azim dan dia sendiri menjadi model 'terjun'. Mungkin next time boleh cuba dengan situasi yang lebih sempoi dan saya akan post entry lagi dalam Cahaya, Warna dan Mood (Bahagian II). Nak kena research dulu, yang first attemp ni pun ada sekali sekala teringat ngan blog joe mcnally kot...

Keterangan Eksperimen:
DIY Gel/filem plastik warna - 2 warna tak sampai RM5
5 - 10 minit sesi shooting (pit stop kat studio jamming Azim)
Hasil (Buleh kata puas hati la jugak)


Call for booking now!!!
Mohamad Amin Samsudin
012 222 1873

Muhammad Fahim Bin Mohamad Amin (Part II)

Entry kali ini saja saya muatkan untuk mengisi laman blog ini... Sambil menjaga Fahim sempat jugak saya duk train natural light dan juga dengan bantuan reflector...

Fahim
Fahim
Fahim
Fahim

Info
D300
50mm f1.8
Silver reflector


Call for booking now!!!
Mohamad Amin Samsudin
012 222 1873

Wednesday, December 30, 2009

Dey apa da aku buat semalam...

Sekali member-member ajak keluar shoot kat luar da... Apa lagi, cari la jalan nak pi jugak-jugak... Dalam hati mintak-mintak bini aku tak marah.

Sebelum pada itu, saya dan kawan-kawan berkumpul kat kedai kaler merah berhampiran stadium, minum, makan dahulu... Walaupun dah makan malam kat rumah... Hehehe... Ada la pekena burger daging kosong satu dengan teh O ais lepaih tu semua pakat-pakat bergerak menuju ke satu lorong gelap dalam pekan. Apa lagi... Shoot saja...

Dey apa da aku buat semalam...
Dey apa da aku buat semalam...
Dey apa da aku buat semalam...
Dey apa da aku buat semalam...
Dey apa da aku buat semalam...

Dari pukul 12:30 am shooting sampailah ke pukul 2:30 baru la wrap...


Call for booking now!!!
Mohamad Amin Samsudin
012 222 1873

Monday, December 28, 2009

Azli & Azliah 26 Disember 2009 - Alor Setar

Seronok bekerja dengan mereka, kata-kata yang terngiang-ngiang dalam kepala saya selepas pulang dari sesi penggambaran mereka pada petang Sabtu baru-baru ini. Pasangan yang tak lekang dengan senyuman.

Majlis berlangsung seawal 12 tengahari dari kami akhiri dengan sesi outdoor bersama-sama di masjid yang indah dengan senibina; Masjid Al-Bukhari berhampiran dengan Giant, Alor Setar.

Azli & Azliah
Azli & Azliah
Azli & Azliah
Azli & Azliah
Azli & Azliah
Azli & Azliah
Azli & Azliah
Azli & Azliah
Azli & Azliah
Azli & Azliah
Azli & Azliah


Call for booking now!!!
Mohamad Amin Samsudin
012 222 1873

Sunday, December 27, 2009

Azli & Azliah (Coming soon)

Outdoor Portraiture bersama Azli dan pasangannya Neng Azliah. Entry berikutnya akan saya paparkan beberapa gambar-gambar merakamkan detik manis mereka di hari berbahagia.

Azli & Azliah

Sesi outdoor mereka bersama saya adalah percuma*. Dapatkan sekarang. Hubungi saya dan tempahlah sekarang. *Tertakluk pada terma dan syarat


Call for booking now!!!
Mohamad Amin Samsudin
012 222 1873

Friday, December 25, 2009

Firuz Abadi & Noor Ashikin 20 Disember 2009 - Gurun

Hari ini adalah majlis sebelah pengantin lelaki iaitu Firuz bertempat di Gurun. Saya tiba awal di rumahnya dan terus memulakan kerja walaupun pasangan kedua-dua mempelai bakal tiba kira-kira jam 12:30 - 1 tengahari.

Yang menyeronokkan lagi suasana majlis ini mengimbas kembali zaman kenduri abang saya di kampung saya dulu... Kenduri pakatan, ada yang menyiang, memasak, buat air, mencuci, menghidang, menyambut dan lain-lain lagi... Satu kampung ada...

Kenduri/majlis perkahwinan Firuz memang menyeronokkan. Walaupun pasangan pengantin nampak letih, maklum la sehari sebelum pun majlis sebelah perempuan. Namun, mereka tetap memberikan kerjasama untuk menjayakan bersama-sama.

Tahniah sekali lagi buat pasangan Firuz dan Shikin.














Call for booking now!!!
Mohamad Amin Samsudin
012 222 1873

Firuz Abadi & Noor Ashikin 19 Disember 2009 - Penang

Pada mulanya saya takut untuk nak teruskan wedding job untuk Firuz dan pasangan kerana risaukan isteri yang sarat mengandung seminggu sebelum berlangsung. Memandangkan isteri saya selamat melahirkan anak sulung kami maka hati pun ada perasaan lega untuk meneruskan job kali ini dengan lebih bersemangat.

Pagi lagi saya dah sedia. Camera, lighting, equipment dan lain-lain. Minyak kereta, servis semua, angin cukup lalu saya bertolak seawal 10:30 pagi dari Alor Setar menuju ke Seberang Jaya, Pulau Pinang untuk mencari sesuap nasi.

Perancangan dan persediaan awal memang telah ada dari awal. Alhamdulillah job untuk pasangan kali ini yang merupakan rakan seuniversiti dahulu selesai dengan baik.

Cadangan mulanya nak ikut Firuz untuk bermalam di Gurun. Slightly, ada perubahan di mana saya terpaksa balik dan ulang semula untuk job keesokkan hari di kampungnya.

Apa-apa pun saya ingin mengucapkan tahniah buat rakan saya Firuz dan pasangan, semoga berkekalan ke anak cucu...




















Call for booking now!!!
Mohamad Amin Samsudin
012 222 1873

MOHAMAD AMIN BIN SAMSUDIN | PHOTOGRAPHY DESIGN ETC.


Mohamad Amin Samsudin
012 222 1873